Tuesday, August 31, 2010

Cuma Mimpi Indah


Satu persatu jari terlerai. Kini genggaman yang selama ini ku terus cuba eratkan telah kulepaskan. Jangan persoal tentang kesahihannya, kerana aku terus memaksa aku jadi aku yang itu. Pada dasarnya janji telah teringkar, kerana aku teus memaksa aku jadi aku yang itu.

Pastinya mimpi lebih indah dari nyata. Tapi aku terpaksa berhenti untuk terus bermimpi. Aku celikkan mata, bukakan hati dan bangun dari mimpi. Kerana realiti aku masih aku yang itu. Tentang perasaan jangan kamu persoalkan. Kerana kamu tahu aku masih aku yang itu. Akan ku ubah setiap cara yang telah banyak aku pelajari dalam terus melangkah jadi yang lebih baik. Untuk Dia, aku dan mereka. Mungkin persinggahan aku dalam mimpi itu akan banyak membantu aku dalam meneruskan frasa kehidupan yang mendatang. Untuk itu, terima kasih tulus dari hati aku.

Pada Dia, akan aku terus mendongak ke atas, menadah tangan, memohon doa agar semuanya baik-baik sahaja.


I don't really exist. Aku cuma mimpi indah kamu.

Monday, August 30, 2010

New Room In Need


Mood hari ni rasa macam nak cat bilik. It have been 5 years I guess since the last time I painted my room (well, not actually I painted my room. More like, someone else painted my room for me). But yes, the colour dah sort of pudar and banyak kesan-kesan yang tertanggal after a few posters and photos were been tore down from the wall. So the calm blue were no longer calm any more.

So, currently its calm blue. I was thinking of going for something sharp like red or perhaps a little soothing such as maroon, purple or grey. Tapi yellow or green are definitely off the chart. After that, I was thinking of rearrange all the furnitures and stuff. Even bilik tak sebesar mana, but it seems like lately dah macam banyak barang pulak which I don't remember bila ada kat situ. Perhaps its like another storeroom for my house I guess. So, a whole new grooming are indeed for this project.

Bila nak mula?
Well, currently masih dalam process of finding the right ideas and elaborating things. Kena juga ambil kira kesesuaian dengan the rest of the stuff yang I still want to keep. Yang tak sesuai dah tu mungkin ambil tempat di kawasan pembuangan yang berdekatan. Perhaps, bila dah start cuti raya I can start sikit-sikit sampai habis raya. I don't know, mungkin berhasil or not, but I really have to start working on it. Nak a new environment kononnya.

So wish me luck!
* gambar hiasan just to inspire.

Friday, August 27, 2010

Coming Soon : UNIQLO


This new fashion brand from Japan will be coming to Malaysia perhaps in a short period. Some say its rather much affordable dari those Topshop/ Topman price range. And as I can see on the net, the clothing line agak similar to that particular brand cuma ada juga differences between them. For more info or styling research, you can browse through www.uniqlo.com and see interesting things in it. Plus the web design are quite cool and very much interesting. Hopefully, this particular UNIQLO tak jadi those overrated clothing line pula. So fashion lovers, better put on a check on this one.

Info:
The first UNIQLO store opened in June 1984. UNIQLO enjoyed superb growth by providing high quality casual wear at remarkably low prices. Fleece campaign sparked a UNIQLO boom across Japan in 1998. The post boom period saw a comparative fall off in revenue and profit, but our timely expansion of women’s wear products helped generate a recovery in our business and saw the company generate sales of \400bln in fiscal 2006. We now boast a network of over 760 stores across Japan and we are working on increasing the UNIQLO appeal ever further through the development of 1650sqm stores (double the initial regular store size of 800sqm), and large-format stores with extensive shop floors of 3300sqm.

Monday, August 16, 2010

Hidup macam dalam drama

Mood: Swing

Hidup ini sudah macam drama. Dalam hidup aku, aku lah pelakon utamanya. Watak-watak lain ada yang masih kekal dan ada yang silih berganti. Setiap hari ada saja episod dan cerita baru. Tamat satu season, season lain ambil tempat. Aku masih melakonkan watak yang sama. Cuma mungkin perubahan berlaku sama ada dari segi kebaikan atau keburukan bergantung pada keadaan dan perasaan at that specific moment. Itu dah jadi lumrah hidup kita yang macam dalam drama.

Penat atau tidak, selagi nyawa masih ada dan selagi nafas dihela, aku teruskan setiap episod. Sakit atau tidak, aku cuma perlu harungi. Gembira atau sedih, sudah jadi isu dalam setiap episode. Watak hero/heroin sering bersilih ganti. Namun cerita disebaliknya sentiasa mendatangkan kesan dalam cerita aku. Aku masih punya rasa.

Setiap kejayaan akan aku kongsi pada mereka yang setia. Tapi kegagalan cuma aku yang tempuhi dan dapat tangani. Hidup aku masih dengan cara aku. Berubah pada dasarnya, namun hati aku masih menyimpan siapa aku sebenarnya. Baik atau buruk, biarlah aku saja yang mengerti dan rasakan kesannya. Dosa atau pahala, jadi perhitungan antara aku dengan yang Maha Esa.

Apa yang pasti, semuanya pentas dunia. Aku cuma perlu lakonkan watak aku dalam drama kehidupan aku. Kamu datang, kamu singgah dan kamu pergi. Aku masih di sini menyimpan setiap janji sampai ia sendirinya pergi. Semuanya masih belum pasti. Tiada apa yang pasti.

Wednesday, August 4, 2010

Betul, tak ada niat...

Dalam pada berkongsi cerita dalam blog, ada juga orang yang cuba ambil kesempatan, kan? Yes, its been quite a monotonous and depressing mode lately. Tapi I believe semua in recovery. Sebab dari dulu sampai sekarang aku percaya setiap perkara atau permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Memang writing this blog salah satu cara aku meluahkan perasaan atau emosi. Bagi yang nak baca, then feel free. Bagi yang nak ambil pengajaran, you are most welcome. Tapi bagi mereka yang cuba jadikan ini satu step untuk memulakan langkah ke arah satu lagi masalah, you are not welcome here.

Nasihat dan pendapat, yes aku terima and cuba analyze sendiri. Bukan perlu paksaan atau cuba telling we what I have to do. Segala decisions or pros and cons biar aku yang differentiate and tentukan. Who are you to tell me what to or what not to do? Jadi biarkan aku selesaikan segala apa yang berlaku dengan cara aku dan keputusan aku. Sebab at the end of the day, aku sendiri yang tanggung akan kesan tersebut.

I am not trying to open any opportunities here. Especially in terms of having someone else at this particular moment. Jadi untuk 2 insan tu, terima kasih. Aku hargai segala nasihat and kata-kata semangat yang awalnya positive dan telah bertukar menjadi satu bencana dalam fikiran aku.

Honestly, bukan niat aku menulis untuk minta simpati, atau jadikan satu cara tidak langsung untuk orang menilai siapa aku. Aku lebih kenal siapa aku sebenarnya. Baik atau buruk terpulang pada individu itu sendiri. Jadi, you can read and judge if you want. But that doesn't mean you can interfere or telling me that I have been making mistakes. Sama ada betul atau salah, biarlah aku tanggung effects-nya.

Bukan marah. Cuma tersinggung. Cukuplah jadi kamu yang sentiasa anonymous.

Monday, August 2, 2010

Dia

Listen to: Something Good by Bic Runga


Pejam celik, pejam celik now dah masuk August. Which means few days left for puasa and a few months left for 2011. Macam-macam. Terlalu macam-macam dah jadi. Resah, sedih, gembira, rindu, sayang, cinta, hancur, pedih, duka, pahit, manis; macam-macam perasaan yang bercampur aduk dalam hati dan dalam fikiran aku currently. Tapi semuanya berpunca dari aku.

  • Gembira rasanya kerana until now aku masih bersama insan yang paling aku sayangi and cintai.
  • Terharu sebab after so many things we went through, kami masih punya faith towards each other.
  • Resah bila ingatkan balik segala peristiwa yang pernah berlaku antara aku, dia dan dunia.
  • Sedih bila kenangan kesusahan yang kami terpaksa lalui untuk hari esok dengan harapan lebih cerah.
  • Rindu bila seketika timbul perasaan di mana aku seolah-olah diketepikan.
  • Pahit yang terpaksa aku telan untuk teruskan hidup bersama peristiwa lepas.
  • Hancur hati bila menerima segala berita yang tak pernah aku bayangkan.
  • Percaya, itu lebih subjektif bila aku masih berusaha untuk percaya.
  • Sayang, hari-hari masih berdiri kerana sayang.
  • Cinta buat aku terus di sini dan menanti akan hari esok untuk kami terus bahagia.

Apa pun perasaan yang datang dan pergi dalam hati dan fikiran aku sekarang, cuma doa dan harapan yang aku boleh letakkan sebagai jaminan. Dunia ibarat air sungai tak tahu mana punca, mana penghujung. Jadi aku dengan nama cinta cuma perlu akur dan teruskan usaha untuk yang terbaik kerana dia hanya yang terbaik. Mungkin aku sibuk mengasah jiwanya yang diselaputi pudar warna. Aku pasti kilatnya akan jua terlihat cuma perlu usaha untuk digilap. Dia masih dia dalam hati. Dia masih dia dan cuma dia.