Pejam celik, pejam celik now dah masuk August. Which means few days left for puasa and a few months left for 2011. Macam-macam. Terlalu macam-macam dah jadi. Resah, sedih, gembira, rindu, sayang, cinta, hancur, pedih, duka, pahit, manis; macam-macam perasaan yang bercampur aduk dalam hati dan dalam fikiran aku currently. Tapi semuanya berpunca dari aku.
- Gembira rasanya kerana until now aku masih bersama insan yang paling aku sayangi and cintai.
- Terharu sebab after so many things we went through, kami masih punya faith towards each other.
- Resah bila ingatkan balik segala peristiwa yang pernah berlaku antara aku, dia dan dunia.
- Sedih bila kenangan kesusahan yang kami terpaksa lalui untuk hari esok dengan harapan lebih cerah.
- Rindu bila seketika timbul perasaan di mana aku seolah-olah diketepikan.
- Pahit yang terpaksa aku telan untuk teruskan hidup bersama peristiwa lepas.
- Hancur hati bila menerima segala berita yang tak pernah aku bayangkan.
- Percaya, itu lebih subjektif bila aku masih berusaha untuk percaya.
- Sayang, hari-hari masih berdiri kerana sayang.
- Cinta buat aku terus di sini dan menanti akan hari esok untuk kami terus bahagia.
Apa pun perasaan yang datang dan pergi dalam hati dan fikiran aku sekarang, cuma doa dan harapan yang aku boleh letakkan sebagai jaminan. Dunia ibarat air sungai tak tahu mana punca, mana penghujung. Jadi aku dengan nama cinta cuma perlu akur dan teruskan usaha untuk yang terbaik kerana dia hanya yang terbaik. Mungkin aku sibuk mengasah jiwanya yang diselaputi pudar warna. Aku pasti kilatnya akan jua terlihat cuma perlu usaha untuk digilap. Dia masih dia dalam hati. Dia masih dia dan cuma dia.
No comments:
Post a Comment