Tuesday, August 31, 2010

Cuma Mimpi Indah


Satu persatu jari terlerai. Kini genggaman yang selama ini ku terus cuba eratkan telah kulepaskan. Jangan persoal tentang kesahihannya, kerana aku terus memaksa aku jadi aku yang itu. Pada dasarnya janji telah teringkar, kerana aku teus memaksa aku jadi aku yang itu.

Pastinya mimpi lebih indah dari nyata. Tapi aku terpaksa berhenti untuk terus bermimpi. Aku celikkan mata, bukakan hati dan bangun dari mimpi. Kerana realiti aku masih aku yang itu. Tentang perasaan jangan kamu persoalkan. Kerana kamu tahu aku masih aku yang itu. Akan ku ubah setiap cara yang telah banyak aku pelajari dalam terus melangkah jadi yang lebih baik. Untuk Dia, aku dan mereka. Mungkin persinggahan aku dalam mimpi itu akan banyak membantu aku dalam meneruskan frasa kehidupan yang mendatang. Untuk itu, terima kasih tulus dari hati aku.

Pada Dia, akan aku terus mendongak ke atas, menadah tangan, memohon doa agar semuanya baik-baik sahaja.


I don't really exist. Aku cuma mimpi indah kamu.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau la I boleh dapat mimpi indah tu, hopefully I dapat jadikan kenyataan