'Tak dapat terima kenyataan'
Rasanya itu frasa yang paling sesuai untuk sesetengah golongan yang cuba menyangkal sesuatu fakta. Kadang-kadang sebab terlalu alpa atau terlalu termakan kata-kata, manusia boleh jadi hilang. Lenyapkan realiti yang sebenarnya terang lagi bersuluh dengan cuba percaya akan kata-kata yang cuma; hanya kata-kata sahaja.
'Tak dapat terima kenyataan'
Kenyataan yang sebenarnya mudah dan sudah seringkali terjadi. Tapi mungkin atas desakan nafsu untuk mempercayai sesuatu yang sebenarnya palsu buat sesetengah jadi dibelenggu dalam kepompong yang penuh tanda tanya. Sejauh mana kesahihan kata-kata?
Kita biar buta mata, tapi jangan buta hati. Tak semua yang kau dengar, kau rasa atau kau impikan itu perkara yang benar-benar ikhlas atau wujud dengan sejujurnya. Kata-kata cuma sekadar manis mulut yang dapat membuktikan kau jenis mudah jatuh. Atas dasar 'tak dapat terima kenyataan', benda yang nyata kau tolak tepi dan kau cuba tegakkan benang yang basah. Atau mungkin atas faktor 'tidak mahu kalah' kau.
Jujur aku nasihatkan, jangan terlalu ikutkan perasaan kau yang kadang-kadang buat aku rasa seolah-olah kau sungguh menjengkelkan bila perbualan itu menuju ke arah di mana kau cuba bukitkan yang kau lebih bagus dari aku. Kenapa? Sebab kata-kata dia yang sudah lama terbukti akan penipuannya. Kau nak di takuk fantasi ciptaan kau dan dia; go ahead. Don't drag me into it because I am done believing it for so long. Kau nak jadi sandaran; that's your problem. Tapi jangan pertikaikan benda yang aku sendiri tahu dan kebenarannya. Jangan cemburui aku kerana benda jadi bukan silap aku. Silap kau terlalu naive dan mudah percaya. Yang pasti ini bukan pertama kali. Jadi sematang kamu, boleh elaborate dan cari konklusi sendiri.
"I am not a kid anymore and this is not my kind of game".
No comments:
Post a Comment